Tugasan 8:Laporan Kajian Lapangan
di Seremban,Negeri Sembilan (Kumpulan 5: Wilson Lanyau, Muhd Faiq, Aida
Fathiah, Nurhikmah)
1.0 Pengenalan
Bandar
Seremban muncul seperti bandar-bandar lain di negara ini iaitu sekitar tahun
1870-an. Deretan kedai di sepanjang Jalan Murray ( Jalan Kapitan Tam Yeong ),
Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul ( Jalan Yam Tuan ) dan
Jalan Birch ( Jalan Dato’ Bandar Tunggal ) yang mana semua nama-nama jalan ini
mengambil sempena nama Residen-residen British ketika itu. Seremban pada
awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari
permainan tradisional ”Sarimban” yakni sejenis permainan yang menggunakan
batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu
lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Pada 12 Disember 2012, kami ditugaskan melakukan kerja lapangan di kawasan
Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu
tugasan pertama ialah mengenalpasti nod, laluan, mercutanda, pinggiran dan
sempadan. Tugasan kedua ialah menemubual pemilik premis di sekitar kawasan
Seremban dan mengenalpasti senibina banggunan yang terdapat sekitar Seremban.
Sepanjang perjalanan kami menaiki KTM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ke Seremban, kami melalui banyak nod atau hentian. Setibanya di Seremban,
terdapat pelbagai laluan dan kami menemui mercutanda pekan Seremban di samping
mengenalpasti pinggiran dan sempadan.
Tugasan yang kedua pula ialah menemubual pemilik premis di sekitar Jalan Tunku
Hassan dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal di Seremban. Kami mengajukan beberapa
soalan kepada peniaga di kawasan tersebut. Seterusnya mengenalpasti bentuk dan
senibina banggunan di sekitar kawasan kajian bagi memenuhi tugasan kerja
lapangan kami.
Kerja lapangan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi
sehingga 2 petang. Laporan yang disediakan ini merupakan hasil kerja lapangan
kami dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif melalui
pemerhatian dan tindak balas dari penduduk setempat di kawasan kajian sekitar
Seremban.
2.1 Pengenalan
Dalam kajian lapangan kami di Seremban,Negeri Sembilan. Kami telah
diberikan tugasan untuk mengenal pasti beberapa perkara penting bagi menyiapkan
analisis kuantitatif. Tugasan satu ini kami perlu mengenal pasti beberapa
element. Element ini dipetik daripada sebuah buku bertajuk Image Of City
penulisan Kevin Cynch iaitu nod (hentian), laluan, mercutanda, gerbang dan
sempadan.
2.2 Nod
Nod merupakan titik pertemuan atau titik perhentian dalam sesebuah
perjalanan dan ruang yang dilalui kami semasa menuju ke kawasan kajian kami.
Nod ini merupakan sebahagian kawasan yang penting bagi menuju ke sesuatu
kawasan. Kebiasaannya setiap kawasan nod ini mempunyai tanda yang jelas dan
maklumat yang tepat mengenai sesebuah perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju
ke satu destinasi, mereka perlu melalui beberapa destinasi yang lain dahulu
sehinggalah mereka sampai ke destinasi yang ingin dikunjungi tersebut. Nod
ini boleh didapati berbentuk penunjuk arah, papan tanda dan persimpangan jalan
yang mengandungi nama setiap kawasan. Contoh kawasan nod kami terpaksa lalui
untuk ke Seremban iaitu bermula di UKM, kami terus ke Stesen Kereta Api UKM,
seterusnya kami menuju ke kawasan Bangi, terus ke Batang Benar, terus menuju ke
Nilai, Labu, Tiroi dan Stesen Kereta Api Seremban.
2.3 Laluan
Laluan merupakan laluan yang dilalui oleh semua orang dalam sesebuah
bandar, antaranya terdapat laluan utama, laluan umun, laluan peribadi, laluan
terhad, laluan tersembunyi dan laluan bahaya. Setiap laluan ini mempunyai nama
yang tersendiri dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu
destinasi, seseorang itu perlulah mengetahui laluan manakah yang perlu
dilaluinya. Selain itu, laluan ini juga terdapat beberapa jalan alternatif
untuk ke sesebuah tempat apabila laluan utama tersebut sesak, maka di sini wujud
apabila pengguna boleh menggunakan beberapa laluan alternatif bagi mengelak
dari kesesakan lalu lintas atau sebagai jalan pintas. laluan ini boleh
diketegorikan sebagai sebuah jalan berturap, jalan berpasir, jalan bertanah
liat dan jalan berbatu. Contoh jalan yang dilalui kami semasa melaksanakan
kerja lapangan iaitu Jalan Tungku Hassan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan
lain-lain. Mengikut Lynch, laluan merupakan elemen yang paling penting dalam
sesebuah bandar kerana laluan ini dapat menghidupkan sesebuah bandar.
2.4 Mercutanda
Mercutanda merupakan penanda sesebuah tempat. Bagi melihat kewujudan
sesebuah tempat,
mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan
gambaran kepada semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya
merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut.
Contohnya kawasan Taman Tasik, gunung kecil, menara tinggi, bangunan
bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda
ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah
yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut. Penjunjung mudah untuk
mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini
kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis
bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang
tersendiri. Antara mercutanda yang dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu
Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api Seremban
2.5 Gerbang
Gerbang merupakan simbol utama bagi memasuki sesebuah kawasan. Pintu
gerbang ini biasanya berada di permulaan laluan untuk memasuki sesuatu sempadan
kampung,daerah dan negeri. Pintu gerbang ini melambangkan kemegahan sesuatu
kawasan, hal ini kerana fungsi pintu gerbang ini kebiasaannya bagi menunjukkan
simbol sebagai penyambut tetamu yang hadir ke sesuatu tempat tersebut.
Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tempat tersebut
mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah kawasan tersebut. Selain
itu, pintu gerbang ini juga memperlihatkan kemegahan sesebuah kawasan, hal ini
kerana setiap pintu gerbang tersebut akan dibina berdasarkan corak tradisional
tempatan atau corak pembangunan sekarang.
2.6 Sempadan
Sempadan bermaksud kawasan yang membezakan
antara kawasan lain. Sesuatu kawasan yang telah terpisah menjadi dua kawasan
yang berbeza, nama tempat dan diperintah oleh orang yang berlainan di setiap
kawasan. Sempadan ini boleh terjadi apabila wujudnya sungai, jalan, daerah,
wilayah dan negeri yang terpisah antara sesuatu kawasan yang lain. selain itu.
Sempadan juga wujud apabila terdapat jalan yang memisahkan antara setiap
bangunan, jalan kereta api yang memisahkan daratan sebelah kiri dan kanan.
Lampiran
Nod
Laluan
Mercutanda
Gerbang
Sempadan
3.0
Kawasan Kajian
Sesungguhnya,dalam kajian lapangan
yang bertempat di Seremban,Negeri Sembilan,kami ditugaskan untuk menemuduga
peniaga yang ada di sekitar kawasan jalan yang terdapat di sekitar Seremban. Semasa
temuduga dijalankan,beberapa soalan telah kami kemukakan kepada peniaga.Antara
soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada peniaga ialah nama kedai, jenis
barangan yang dijual, nama pemilik kedai, tahun kedai tersebut mula dibuka atau
beroperasi dan sebab peniaga memilih lokasi tersebut sebagai tempat untuk
memulakan perniagaan mereka.
Dalam menjalankan tugasan
ini,didapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan juga perkhidmatan
yang diusahakan oleh penduduk setempat terutamanya di sekitar Jalan Tunku
Hassan. Antara perniagaan tersebut ialah seperti kedai makan dan minum,kedai
menjual barangan,kedai gambar,kedai gunting rambut,kedai barangan am,kedai
barangan keagamaan dan sebagainya.Selain itu,terdapat pelbagai perkhidmatan
turut disediakan di sekitar kawasan Jalan Tunku Hassan,Seremban yang meliputi
perkhidmatan perhotelan,klinik kesihatan dan persendirian untuk masyarakat
setempat,perkhidmatan penguam bela dan penguam cara dalam konteks perkhidmatan
berbentuk perundangan,institusi pendidikan,institusi kewangan dan pelaburan
yang diwujudkan untuk kegunaan masyarakat setempat di sekitar Seremban.Berikut
merupakan senarai contoh perniagaan perkhidmatan atau kedai yang terdapat di
sekitar Jalan Tunku Hassan di Seremban:

Sepanjang kajian lapangan ini
dijalankan,terdapat beberapa buah kedai yang dimiliki oleh peniaga di sekitar
Jalan Tunku Hassan,Seremban telah Berjaya kami temuduga bagi mendapatkan
beberapa maklumat berkenaan dengan kedai yang dimiliki tersebut.Antaranya ialah
kedai yang mengusahakan perniagaan gedung perhiasan.Perniagaan ini digelar
sebagai “Kedai Haji Yusuf Gedung Perhiasaan” dan dimiliki oleh Mustafa Atin
yang merupakan generasi yang ketiga dalam perusahaan gedung perhiasaan ini.Jenis
barangan yang dijual ialah seperti karpet,tikar dan sebagainya.Encik Mustafa
menyatakan bahawa perniagaan gedung pakaian ini merupakan yang terawal yang
wujud di sekitar bandar Seremban iaitu pada sekitar tahun 1920-an.
Seterusnya,kedai yang kedua ialah
“Restoran Amma”s Curry House”. Perniagaan ini dimiliki oleh Encik Ganesan dan
keluarga dan baru sahaja dibuka kira-kira 6 bulan yang lepas.Antara makanan
yang disajikan di Restoran ini ialah makanan India dan juga makanan-makanan
yang lain yang memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung yang datang ke
restoran beliau.
Selain itu, “Kedai Vsara Silk
Centra”. Kedai ini merupakan sebuah kedai yang menjual barangan runcit bagi
kegunaan harian.Perniagaan barangan runcit ini dimiliki oleh Encik Raja dan mula
beroperasi pada sekitar awal tahun 2010. Beliau memilih lokasi di sekitar Jalan
Tunku Hassan ini kerana terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan
berlainan dan beliau merasakan akan mendapat manfaat yang sama daripada
aktiviti perniagaan yang bergerak secara aktif di kawasan tersebut.
Tambahan
itu,kami juga telah menemuduga seorang pemilik kedai yang menjalankan
perniagaan menjual “sari”. Kedai ini dikenali dengan nama “Butik Roopkala” dan
dimiliki oleh Encik Sega a/l Andiappan.Butik Roopkala telah mula beroperasi
pada tahun 1999 dan telah menjangkau usia 12 tahun.Encik Sega memberitahu
bahawa butiknya selalu menjadi tumpuan masyarakat setempat terutamanya dalam
kalangan masyarakat India dan mendapat sambutan hangat ketika menjelang
perayaan Deevapali.
Pada masa
yang sama,terdapat sebuah kedai emas telah berjaya kami temuduga pemiliknya
yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tang.Nama kedai emas ini ialah “Kedai
Emas Permata De Nice” dan mula dibuka pada 11 tahun yang lepas serta mendapat
sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat setempat dan pengungjung
luar yang datang ke Seremban.
Akhir
sekali,kedai yang menjual peralatan sukan dan kasut.Kedai ini dimiliki oleh
Encik Wong sekeluarga dan telah beroperasi sekian lama iaitu bermula pada tahun
1982.Kedai ini dikenali dengan nama “Kwong Thye” dan merupakan sebuah kedai
yang kelihatan agak lama tetapi masih mendapat sambutan yang baik daripada
masyarakat yang datang ke kedai tersebut.Kebanyakkan barangan yang terdapat di
kedai ini merupakan barangan sukan dan kasut yang terpakai dan dijual pada
harga yang berpatutan.
GAMBAR-GAMBAR KEDAI PERNIAGAAN DI SEREMBAN
Gambar 1 : Kedai Haji Yusuf GEDUNG PERHIASAN
Gambar 2 :
Restoran Amma's Curry House
Gambar 3 : Kedai V SARA SILK CENTRE
Gambar
4 : Butik Roopkala (Sari)
Gambar 5 : Kedai Emas Pertama De Nice
Gambar
6 : Kedai Sukan dan Kasut Kwong Thye
4.0 Seni Bina Bangunan
Struktur-struktur Bangunan Yang Terdapat di Sepanjang Laluan Jalan Tunku
Hassan, Seremban.
Berdasarkan kajian lapangan yang kami lakukan sepanjang tempoh 2-3 jam berada
di Bandar Seremban, Negeri Sembilan,pelbagai jenis bentuk dan struktur bangunan
yang telah kami temui. Selain itu, corak seni bina yang digunakan juga
mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Terdapat juga bangunan-bangunan yang
dibina pada zaman dahulu yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun malang
sekali apabila terdapat bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga dan
dipertahankan nilai-nilai warisannya supaya dapat dikekalkan .
Struktur dan seni bina bangunan institusi kewangan dan
sistem perbankan:
Bangunan kedai yang dibina
pada tahun 1915 :
Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1920 :
Bangunan kedai yang dibina pada
tahun 1919 dan 1920 :
Kepelbagaian dan keunikan seni
bina bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan Tunku Hassan, Seremban :
Seremban yang dikenali sebagai sebuah Bandar
kolonial asalnya, merupakan sebuah kawasan kecil atau pekan kecil yang kini
telah berkembang menjadi sebuah bandaraya setelah digabungkan dengan Bandar
Nilai.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang
kerja lapangan ini, di dapati bahawa kebanyakan bangunan di sekitar Jalan Tunku
Hassan ini adalah merupakan bangunan lama yang masih utuh walaupun telah dibina
kira-kira 9o tahun yang lalu. Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan itu
juga merupakan yang terawal dibina ketika wujudnya penempatan di sekitar
kawasan terbabit.
5.0 Kesimpulan
B
erdasarkan
pemerhatian kami, kebanyakkan pemilik premis di sekitar kawasan kajian ini
ialah kaum India dan majoritinya menjual barang-barang perhiasan, perkahwinan
dan makanan India. Selain itu, terdapat juga beberapa buah pejabat peguambela
& peguamcara yang berada di sekitar jalan ini. Pemilik pejabat ini ada di
antaranya kaum Melayu dan kaum Cina. Tambahan pula, antara sebab pemilik
kedai memilih kawasan tersebut sebagai kawasan perniagaan adalah disebabkan
oleh kawasan tersebut merupakan banggunan kedai yang terawal dibina di sekitar
Seremban, manakala senibina banggunan ini juga klasik dan ada yang dibina pada
tahun 1919, 1920 dan 1966.
Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah
bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.Kepelbagaian jenis bangunan
yang menarik dan kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut
dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan
lain-lain telah berupaya membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan
bandar Seremban secara keseluruhannya .