The
Production of Space, Henri Le Febvre
Image
of The City, Kevin Lynch
Death
and Life of Great American Cities, Jane Jacobs
The
Production of Space
menceritakan mengenai pembentukan ruang yang boleh dilihat dari sudut matematik
dan juga ruang Euclid. Ruang Euclid adalah ruang yang tetap dan boleh dikira. Ruang
imaginasi iaitu ruang yang difikirkan. Selain itu, penulis berpendapat ruang
adalah produk sosial, atau pembinaan kompleks sosial yang menjejaskan amalan
dan persepsi ruang. Tambahan pula, ruang itu dihasilkan dan berfungsi sebagai
alat pemikiran dan tindakan di samping menjadi satu cara pengeluaran ia juga
adalah satu cara kawalan, dan penguasaan kuasa. Image of The City adalah mengenai
laluan yang dilalui, pengalaman ditempat yang dilalui, imej yang cuba dibawakan
oleh arkitek dan juga kestabilan strukturnya. Seterusnya, Bandar itu sendiri adalah simbol berkuasa
masyarakat kompleks, iaitu satu imej alam sekitar yang mempunyai tiga komponen,
identiti, struktur dan makna. Identiti adalah pengiktirafan elemen bandar
sebagai entiti yang berasingan, struktur adalah hubungan elemen bandar objek
lain dan pemerhati dan makna adalah nilai praktikal dan emosi kepada pemerhati.
Terdapat tiga bentuk pergerakan yang perlu di lakukan bagi pembentukan sesebuah
bandar iaitu, pemetaan, pembelajaran dan membentuk. Death and Life of Great
American Cities cuba menyampaikan ruang yang memenuhi kecekapan untuk
manusia, bagaimana memastikan ruang sesuai dan cekap untuk manusia di samping
melihat Bandar mempunyai kekurangan dari segi ruang yang tidak tersusun,
terdapat kehidupan dalam ruang yang tidak dapat dilakukan dengan teratur, jalan
dimiliki oleh komuniti dan jika jalan tidak dimiliki oleh sesiapa, ruang
tersebut akan mengalami masalah sosial seperti ragut dan hubungan sosial
seperti kejiranan diterapkan bagi mengisi ruang kosong.
No comments:
Post a Comment