Analisis ruang... di Pulau Pinang...
Setiap negeri mempunyai imej yang tersendiri bagi melambangkan identiti tempat atau kawasan tersebut. Begitu juga dengan Pulau Pinang, yang mempunyai pintu gerbang dan mercu tandanya yang tersendiri dan unik. Berikut ialah laluan, pintu gerbang, daerah, wilayah, hentian dan mercu tanda yang terdapat di Pulau Pinang.
Jambatan
Pulau Pinang merupakan laluan dan pintu gerbang untuk ke Pulau Pinang. Jambatan
yang mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer ini menghubungkan Pulau Pinang
dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Barat
Daya dan Timur Laut merupakan dua daerah yang terdapat di pulau ini. Timur Laut
Pulau Pinang merupakan daerah pentadbiran di Pulau Pinang di mana terletaknya
ibu negerinya George Town.
Laut
yang memisahkan dua wilayah di antara George Town dengan Seberang Perai. Selain
daripada Jabatan Pulau Pinang yang menghubungkan dua wilayah ini, perkhidmatan
Feri Pulau Pinang juga menghubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di
Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di
Pulau Pinang.
Bukit
Bendera dengan ketinggian 830 meter dari paras laut dan boleh dilawati dengan
dua cara sama ada mendaki ke puncak atau menggunakan perkhidmatan kereta api
kabel. Tempat ini merupakan salah satu nod atau hentian di Pulau Pinang.
KOMTAR
(Kompleks Tun Abdul Razak) merupakan mercu tanda Pulau Pinang. Banggunan yang mempunyai
65 tingkat menempatkan ruang pejabat dan terletak di George Town.
Oleh
itu, disertakan bersama beberapa gambar bagi menunjukkan dengan lebih jelas
lagi keistimewaan dan keunikkan mercu tanda Pulau Pinang, pintu gerbangnya,
hentian, wilayah dan daerahnya.
- Jambatan Pulau Pinang
- Bukit Bendera
- Kawasan Timur Laut
- Feri
- KOMTAR
No comments:
Post a Comment