Monday, 17 December 2012

Transkripsi bersama Kaedah Kualitatif,,.. =)

PeNdahuluan.. a.k.a mukadimah..!~

Pengenalan diri... a.k.a biodata respONden...!~


RESPONDEN UTAMA

Nama   : Azizah bt Kasa

Umur    : 55 Tahun

Pekerjaan : Surirumah

Alamat   : No. 31, Jalan 5/9 West Country, 43000 Kajang, Selangor.



Puan Azizah atau lebih mesra dikenali sebagai mak teh dilahirkan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 04 Ogos 1957. Beliau telah berkahwin dengan pasangannya Azzali bin Ismail selama 33 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang puteri dan seorang putera. Pada tahun 1980, Pn. Azizah dan keluarganya tinggal di Bangi Lama. Pn. Azizah bekerja di Kilang Sanon Koy Yo, Bandar Baru Bangi. Manakala, suaminya berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pekerja Rendah Awam, N11.  Kini, Pn. Azizah menetap di West  Country, Kajang sebagai surirumah sepenuh masa.


 Sekarang ne baru lah...!!~

 Transkripsi Penuh,, tanpa edit2 ne.. yeayy!~



1. Ingat tu, ingat perkara elok ka tak elok ka? Kenangan manis ke? Dulu, masa dulu saya di, 
2. Mak teh duk sini dah 32 tahun, dulu menyewa rumah kat Bangi Lama 14 tahun, masa duk 
3. Sana banyaklah kenangan. Hantar anak pi sekolah, pagi-pagi pi beli nasi lemak kat kedai bagi 
4. Anak makan pagi. Pastu rumah sana tu, rumah apa, sana suka hujan, bila hujan, jadi rumah 
5. Kami suka banjir, bila banjir tu, kebanyakan orang kat sana tu kebanyakan menyewa. Bila 
6. Banjir tengah malam, semua pakai dapur minyak gas, minyak gas kan, habis tu, terapung- 
7. Apunglah tin minyak gas kami semua, bila bangun tengok-tengok banjir. Sebab banjir 
8. Kadang-kadang  tengah malam, kami tak sedar, tidur syok, sejuk. Satu hari tu, apa, hujan. Bila 
9. Hujan tu pula, belakang tu ada estet, dekat- dekat estet tu pula ada padang. Bila ada padang tu 
10. Pula, satu hari tu, helikopter tu tak boleh nak, nak atas panggil apa, tak boleh naik atas, tapi 
11.Dia turun ke bawah lah, dia duduk kat bawah turun kat padang. Kami pun tak pernah tengok 
12. Helikopter turun, dalam hujan-hujan tu orang kampung, ramailah dalam 10 orang, ibu-ibu 
13. Yang bapak pun semua, pergilah tengok, tengok helikopter kat belakang estet tu, punyalah
14. Jakun. Hahaha. Anak kecik pun, heret bawa, anak 5 6 tahun tu, heret bawak hujan-hujan. Tak 
15. Palah, pergi pasar pun seronok sana. Dekat. Pergi pasar hari, dulu 30 tahun yang lepas pergi 
16. pasar bawak 10 ringit pun dah cukup semua. Ikan, bawang, sayur semua dah cukup. Ha, 
17. kalau la ni pi kedai sekali 60 ringgit pun tak cukup lagi nak beli barang. Hahaha, masa duk di 
18. Bangi Lama tu seronok lah, macam rumah kampung. Depan masjid, dekat dengan sekolah 
19. semua. Habis tu, orang kampung kan, biasalah, orang kampung, beramah mesra. Rumah 
20. kampung, rumah kampung, Bangi Lama. Habis tu, kalau ramai-ramai tu, kat tepi tu ada 
21. sungai, kami ramai-ramai semua pergi basuh kain kat sungai tu. Masa dulu air tu bersih. La ni 
22. tak bersih dah la sebab estet pun dah banyak. Haa. Pas tu, pergi cari kayu api dalam hutan.
23. Situ ada pokok getah. Estet tu kan banyak pokok getah, jadi ranting-ranting yang jatuh yang 
24. pokok getah yang mati tu kami pi lah angkut. Pergi ramai-ramai cari kayu api balik masak
25. pakai dapur kayu, seronok. Saja. Saja pakai dapur kayu, seronok. Dapur gas pun ada jugak, 
26. dapur minyak pun ada. Haa lepas tu, saja kami masak, sebab dulu, rumah sewa kami tu, bilik 
27. air dia besar jadi kat bilik air tu lah kami buat dapur kayu, masak. Haa, nak kata apa lagi haa.  
28. Haa pastu kat Bangi Lama tu ada jalan keta api. Kadang-kadang jalan keta api tu, tutup. Kami 
29. melintas jugak sendiri. Hahaha. Nak pi ke kedailah. Habis tu, satu hari satu malam tu, keta 
30. api terbalik. Dekat dengan rumah. Yang menghairankan tu, orang keta orang yang rumah keta 
31. api yang dekat keta api tak sedar, kami yang duk jauh pula dengar keta api jatuh. Hahaha tapi 
32. kami tak pi tengok lah sebab tengah malam. Haa pagi esok baru pi tengok. Dia langgar tu. 
33. Pagar tu orang tu tak dengar agak ha, kan keta api tak dengar, terlena agak ha, dia pun tak 
34. tutup pagar. Nasib baik masa tu keta pun tak da lalu. Tidak habis dengan keta-keta dengan 
35. orang-orang terpelanting. Dulu Bangi Lama seronok, rumah kami depan masjid, dekat pasar 
36. malam, dekat pekan hari, dekat pasar, dekat sekolah. Kalau nak pi Kajang, dulu-dulu, kalau 
37. dulu nak pi Kajang, satu hari bas ada bapa kali aja. Pukul 7 pagi, kalau masuk jalan tu pukul 
38. 4 petang, pukul 9, pukul 10, siang saja. Malam dekat pukul 7 ja, eh malam dekat pukul 9. 
39. Tapi kami tak pernah lah keluar sampai malam. Pi Kajang jelah. Pi shopping lah, beli-beli 
40. baju raya, baju anak-anak. Tapi dulu seronok, pi Kajang, bawa 20 ringgit dah cukup. Kami 
41. ramai mai pi. 3 4 orang kami pi Kajang. Masa dulu Metro-metro belum ada lagi. Cuma ada 
42. Great Wall. Great Wall, Billion pun baru buat jugak. Lepas tu Kajang pun tak sibuk sangat 
43. macam la ni lah. La ni sibuk Kajang. Dulu kadang-kadang nak pi Kajang naik moto 4
44. beranak. Dulu polis tak tahan macam la ni. Hang naik saja lah. Pernah satu hari satu malam 
45. kami p pesta konvo UKM, masa tu umur anak makteh yang besar yang sulung 5 tahun, yang 
46. adik 2 tahun lebih. Naik lah moto, naik-naik moto, sampai tengah jalan, topi keledar mak teh 
47. pulak terpelanting. Hahahaha tapi tak pa, masa dulu, masa 30 tahun yang lepas tu, keta tak
48. banyak macam la ni. Tak bubuh lah tu. Main naik macam tu ja. Turun lah ambek tengah 
49. jalan. Tulah sekarang ni ada MINT tu kan, sekarang panggil MOSTI. Panggil MOSTI 
50. sekarang. Kat situlah jatuh. Penah lah naik moto 4 beranak jatuhlah. Haa, pegi estet, estet 
51. Bangi Lama, pi rumah kawan. Mangkit lah hujan-hujan. Hahaha. Haa masa mula-mula dulu
52. baru duduk Bangi Lama, baru kawin, baru datang sini, anak kecik dulu, peti ais tak da lagi 
53. lah. Gaji sikit dulu 2ratus setengah. Gaji pak teh dulu. Keja apa tak tau pula aih. Keja UKM, 
54. keja-keja biasa ja lah. Habis tu, 2ratus setengah, tak palah. P la tu, masa tu tak da moto lagi, 
55. beli topi keledar tumpang moto orang. Topi keledar ada moto tak da. Tumpang lah bertahun-
56. tahun. Hahaha. Setahun dua tahun lah agak ha. Setahun dua tahun lah kot. Kadang-kadang 
57. pergi naik bas, kalau kawan benti, dia naik lah dengan kawan dia moto. Gaji 2ratus setengah. 
58. Bayangkanlah 33 tahun yang lepas. Lepas tu, masa tu, barang murah. Pi Kajang pun naik bas 
59. baru 5kupang. Haa. Masa dulu tulang ayam, tulang ayam seekor seringgit, sekarang ni seekor 
60. dah 4 ringgit. Tulang ayam yang isi dia diorang buat sate tu, jadi pasar malam, pasar pagi dia
61. jual lah tu, tulang ayam seekor-seekor tu. Tu lah kenangannya. Apa lagi. Ingat apa ha. Haa 
62. habis tu pulak, bila dah tu, dah rajin masa tu, buat pula kerepek pisang. Pak teh pi letak kat 
63. UKM tu kat Kamsis, Pusanika lah apa lah. Masa dulu 2kupang kerepek pisang satu plastik. Dah tu 
64. buat kuih siput, dapat lah sehari kadang-kadang 16ringgit. Kadang-kadang habis 
65. kadang-kadang tak habis. Macam-macam jual. Beli buah cempedak, goreng, pegi jual kat 
66. UKM. Pastu lama-lama sikit, ada modal sikit, jual minyak gamat. Minyak gamat balik 
67. kampung lah beli, ambik. Jual kat sini. Masa dulu 4ringgit. La ni minyak gamat 
68. dah mahal dah. Botol besar dulu 4ringgit. Lagi ada apa. Ingat tulah, yang paling tak lupa, tu lah, suka 
69. banjir sana. Sini pulak, apa pulak, tak da apa. Sini biasa ja sebab rumah, perumahan, biasalah 
70. tak berapa campur sangat dengan orang. Pastu mak teh pula keja. Pi pukul 7 balik pukul 6, 
71. pastu balik duk dalam rumah dah malam, esok pi lagi. Kalau nak jumpa pun masa kenduri ja.
72. Kerja kat kilang Bandar Baru Bangi. Tak jauh lah aih, 10minit kot. Kadang-kadang naik bas, 
73. kadang-kadang pi naik moto. Tulah. 15 saat senyap. Haa lepas tu, macam ni naik sikit, baru 
74. lah pakai mesin basuh, haa.. tak beli tu lagi, beli dapur gas. Masa dulu dapur gas tak da lagi 
75. kan, tadi cerita dapur gas ni ada dapur gas pulak dah. Beli dapur gas tu, masa tu anak mak teh 
76. darjah satu baru beli dapur gas. Haa. Beli dapur gas, lepas tu beli peti ais, peti ais pun tak 
77. boleh letak bawah, sebab rumah tu banjir. Naik atas letak kat atas. Haa rumah tu macam tiga 
78. tingkat. Buh tingkat yang kedua, peti ais. Mesin basuh pun lapik dengan tong bagi tinggi. 
79. Rumah kampung biasalah. Tapi tepi jalan, seronok. Haa sekali yang melucukan lagi satu, 
80. tulah, depan rumah kami tu ada pokok kelapa satu, bila buah kelapa jatuh, semua pakat 
81. berebut, mai ambik. Sampai lah anak mak teh, Nani tu balik kampung, dia dengar ja buah
82. kelapa jatuh dia lari pi ambik. Hahaha. Seronok ambik buah kelapa, berebut. Duk Bangi 
83. Lama tu seronoklah, tanam pokok ubi, pokok cili, kacang panjang, pastu depan tu ada pokok 
84. kuinen. Orang punyalah orang yang lama, asal tuan rumah dia. Kita orang jagalah. Pastu
85. tanam pokok bunga sana. Kami berlawan-lawan tanam pokok bunga. Pokok bunga sapa 
86. cantik. Pegi cari baja taik kambing pagi-pagi, buh dalam pokok bunga. Ada depan rumah tu, 
87. orang tu bela kambing. Kadang-kadang beli kat India taik lembu. Dia mai hantar seguni. 
88. Seringgit dulu-dulu. Taik lembu yang campur dengan tanah tu. Dah kering tu kan. Nak 
89. tergelak sungguh lah dulu. Ingat apa lagi ha. Tak da apa ingat, sama ja, makan  pun murah 
90. dulu-dulu kat kedai. Beli ikan, tulah ikan dulu-dulu kan murah. Macam kata tadi lah bawa 
91. 10ringgit pun macam-macam boleh beli. Haa. Kalau tiap-tiap hari Isnin tu, kalau musim buah
92. tu, beli lah buah. Buah rambutan, buah durian. Jagung. Kat pasar lah, hari Isnin ada pasar 
93. sana. Hari Isnin. Lagi ada pokok apa lagi sana, macam-macamlah pokok, haa pokok limau 
94. apa, limau bali, belakang rumah tu ada. Jamban pon tak da masa dulu sana. Kami buat 
95. jamban sendiri, sewa rumah jamban tak da kami buat sendiri. Dalam rumah, dalam kampung 
96. kami tu ada 4 biji rumah kat situ, rumah Puan Sapura tu lain lah dia orang kaya, jadi dalam 4 
97. rumah tu semua tak da jamban, termasuk rumah kami sewa. Lain, depa yang 4 rumah tu 
98. berak kat masjid, jamban masjid. Haa jadi kami buat lah jamban sendiri, bila kami buat 
99. jamban, ada selalu, selalu ada hamba Allah suka pi berak sama. Lepas tu kami pun kunci lah 100.jamban kami. Depa duk lama tak buat jamban, kami pi pulak buat jamban, depa pi berak 
101. jamban kami. Dah lah tu. Tak da apa lagi dah.


Seterusnya...,,
Menganalisis transkripsi ini menggunakan kaedah kualitatif,,..  


PENGENALAN


Pendekatan kualitatif adalah penyelidikan yang menggunakan analisis data bagi menyelidik ciri-ciri yang ada pada gejala yang diselidik, dengan setiap ciri yang ditemui akan dipastikan kewujudannya dan dihuraikan sama ada jarang atau sering ditemui; ia juga adalah koleksi, analisis, dan tafsiran cerita komprehensif dan data visual untuk mendapatkan gambaran tentang satu fenomena tertentu menggunakan kaedah-kaedah kajian kualitatif didasarkan kepercayaan yang berlainan dan direka bentuk untuk tujuan berbeza daripada kaedah-kaedah kajian kuantitatif. (Asmah Hj. Omar 2008:34-35. Gay, LR, Geoffrey E.Mills, & Peter Airasian. 2009:8.Neuman, W. Lawrence.2006:15-19)


Menurut Strauss & Corbin (dalam Othman Lebar, 2007), “Secara umum penyelidikan kualitatif bermaksud sebarang penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan”. Untuk menggunakan kaedah kualitatif, tema-tema yang terdapat dalam kaedah ini boleh dijadikan panduan. Tema-tema tersebut merupakan hasil perbincangan pakar-pakar penyelidikan kualitatif seperti Bogdan dan Biklen, 1982; Lincoln dan Guba, 1985; Patton, 1990 dan Eisner, 1991 (dalam Othman Lebar, 2007, hlm. 10-11), iaitu:-



  • Penyelidikan kualitatif bermula dengan pandangan bahawa terdapat pelbagai cara yang berbeza dalam memahami dunia ini. Pandangan ini mementingkan bagaimana manusia memberi makna kepada aktiviti-aktiviti dalam kehidupan mereka. Memahami dunia sebagaimana yang difahami oleh subjek kajian bukan yang difahami oleh penyelidik.


  • Penyelidikan kualitatif menekankan kepada pentingnya menjalankan kajian dalam latar yang sebenar dan semulajadi. Penyelidik cuba memerhati, menjelaskan dan mentafsir latar dalam keadaan yang sebenar. Tiada cubaan dibuat untuk memanipulasikan situasi yang dikaji.

  • Kepentingan memahami perspektif subjek kajian melalui pemahaman terhadap pendapat, pengalaman dan perasaan mereka secara menyeluruh.

  • Pendekatan induktif digunakan dalam pengumpulan dan analisis data. Konsep dan teori dijana daripada data yang dikumpul yang boleh membantu dalam memahami fenomena yang dikaji.

  • Cara utama kajian ialah participant observation, yang menekankan pengumpulan data melalui pertemuan secara langsung dengan individu-individu melalui temu bual perseorangan atau berkumpulan dan pemerhatian.

  • Penyelidikan kualitatif memberi tumpuan kepada ciri-ciri khusus dan keseluruhan kes dalam usaha mencari keunikan setiap kes yang dikaji.

  • Penyelidikan kualitatif mempunyai reka bentuk berkembang (emergent design) dan penyelidik memberi fokus kepada proses ini berkembang di samping hasil atau produk kajian.



Terdapat beberapa pendekatan di dalam menganalisis data kualitatif antaranya termasuklah penceritaan, analisis konvensional dan analisis perbincangan.


Pendekatan penceritaan adalah cara yang ideal untuk mendapatkan pengalaman responden dan digunakan secara meluas. Menurut Musson (1998), contohnya bagaimana pengalaman kecelaruan dan kekangan bekerja di dalam organisasi moden serta penyuluhan fungsi individu dan organisasi. Ciri-ciri umum menganalisis pendekatan penulisan ialah pertama, teks dirujuk di dalam sistem Gestalt, iaitu di dalam konteks dan situasi sosial yang diuji. Kemudian, kajian formal teks termasuklah perbezaan di antara teks yang dijadikan penceritaan dan teks berbentuk lain.


Analisis konvensional adalah lebih kepada analisis formal daripada perbualan seharian (Flick, 1998). Kebiasaanya, kaedah ini menggunakan analisis teks semulajadi (transkrip rakaman video/audio) dan mencari kata kunci utama yang terungkap di dalam pergaulan sosial. Kajian di dalam analisis konvensional adalah terhad kepada perbualan telefon atau perbualan di dala keluarga dan diperluaskan kepada perbualan institusi seperti mahkamah dan pelbagai jenis temuramah. Analisis konvensional lebih tertumpu kepada elemen interaksi sosial seperti mengambil giliran, pembukaan, penutup dan gangguan berbanding analisis sosial (Haven, 1999). Analisis ini sangat tertumpu kepada isu di dalam konteks.


Analisis perbincangan tertumpu kepada kedua-duanya iaitu lisan dan penulisan yang digunakan di dalam konteks sosial. Perhatian diberikan kepada struktur dan pengorganisasian bahasa yang menumpukan kepada penglibatan responden serta cara persembahan dibina. Analisis perbincangan adalah bertentangan dengan analisis kandungan di mana bahasa adalah pantulan kepada realiti. Analisis menjadi tertumpu kepada mengenalpasti pengaturan bahasa dari aspek corak dan perbendaharaan kata.





Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, transkrip ini dibahagikan kepada dua kod iaitu kod axial dan kod bebas.



Kod axial adalah proses berkaitan kod kategori antara satu sama lain, melalui gabungan pemikiran induktif dan deduktif. Bagi memudahkan proses, mencari semua jenis hubungan berasaskan teori menekankan hubungan sebab-musabab dan perkara yang sesuai ke dalam kerangka asas hubungan generik.



Kod bebas ditakrifkan sebagai menamakan dan pemeringkatan fenomena melalui pemeriksaan data yang terperinci (Strauss dan Corbin, 1998).



Berikut adalah analisis yang dilakukan mengikut kod axial dan kod bebas.



Kod Axial
Line Number
Rumah
2,18,19,20,27,28,29,30,31,32,33,34,35,36,51,74,75,76,77,78,
79,94,95,96,97,98,99,100,101
Pasar
15,16,17,89,90,91,92,93
Keluarga
44,45,46,49,50,52
Pekerjaan
53,54,56,57,70,71,72,73
Aktiviti
3,21,22,23,24,25,26,37,38,39,40,41,42,43,47,48,55,58,59,60,
61,62,63,64,65,66,67,68,80,81,82,83,84,85,86,87,88





Kod Bebas
Line Number
Banjir
4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,69




Kekerapan ( Mode ).


Kod Axial
Kekerapan (Mode)
Rumah
29
Pasar
8
Keluarga
6
Pekerjaan
8
Aktiviti
37





Kod Bebas
Kekerapan (Mode)
Banjir
12



Jadual ini menunjukkan kekerapan responden menceritakan mengenai sesuatu perkara dengan menggunakan kaedah pendekatan kualitatif melalui penceritaan. Responden kerap menceritakan mengenai aktiviti yang sering dilakukan di kawasan setempatnya dan diikuti dengan keadaan rumah responden pada masa itu. Seterusnya, mengenai pengalaman dan keadaan yang berlaku semasa banjir merupakan kod terbuka yang diceritakan oleh responden. Kesimpulannya, responden menggunakan pendekatan penceritaan iaitu pendekatan yang ideal untuk mendapatkan pengalaman responden dan digunakan secara meluas.



KESIMPULAN



Menurut (Bryman, 1988), kesahan dan kejituan adalah dua konsep asal di dalam kualitatif. Lincoln 1985, juga menegaskan bahawa penyelidik naturalistik cenderung akan tetap sederhana dan enggan membuat generalisasi daripada penemuan mereka. Maka isu kesahan luaran tidak penting di dalam penyelidikan mereka. Namun, seperti yang akan dilihat, pendekatan kualitatif perlu melihat kesahan dan kejituan malah mereka menyarankan beberapa kriteria tambahan yang lebih penting. Walaubagaimanapun, kualiti kaedah kualitatif yang digunakan ini dapat mampu menganalisis data yang disampaikan oleh responden denga baik melalui pendekatan penceritaan. 




 Akhirnya, perkara yang berlaku di kawasan setempat responden dan perkara yang berlaku di dunia pada sekitar tahun 1980-an..



Perkara yang berlaku di kawasan setempat responden.


Berdasarkan pendekatan penceritaan responden, perkara yang berlaku pada 30 tahun yang lalu di kawasan setempatnya iaitu di Bandar Baru Bangi ialah kejadian banjir. Responden menceritakan keadaan yang dihadapi olehnya dan keluarga serta penduduk setempat bagi menghadapi banjir. Pelbagai persediaan yang dilakukan oleh responden bagi menghadapi banjir yang sering melanda kawasan setempatnya akibat hujan lebat.



Perkara yang berlaku di dunia.



Kira-kira 30 tahun yang lalu, pada 31 Ogos 1980, perjanjian Gdansk ditandatangani. Lech Walesa iaitu Tokoh Solidaritas Polandia telah memimpin mogokan kalangan kapal Gdnask yang memunculkan gelombang serangan terhadap lebih banyak negara. Walesa, seorang Katolik yang taat, setia mengembangkan dan otoritas komunis dipaksa untuk menyerah. Kesepakatan Gdansk, ditandatangani pada 31 Ogos 1980, memberikan pekerja Polandia hak untuk mogok. Pada tahun 1981, Jenderal Wojciech Jaruzelski, digantikan Edward Gierek sebagai pemimpin Partai Komunis di Polandia.



Pada bulan Disember 1981, Jaruzelski melakukan darurat militer dan Solidarnosc ditetapkan sebagai organisasi ilegal. Tidak lama kemudian, Walesa dan pemimpin serikat buruh lainnya ditangkap dan dipenjarakan. Pada bulan November 1982, Walesa dibebaskan dan diizinkan untuk bekerja di kalangan kapal Gdansk. Hukum darurat militer dicabut pada Julai 1983, namun masih ada pembatasan yang cukup besar pada kebebasan individu.



Seterusnya, pada 31 Ogos 1986, Pesawat Aeromexico Flight 498 terlanggar pesawat Piper PA-28 di atas Cerritos, California, mengorbankan 67 orang di udara dan 15 lagi di darat. Selain itu, pada hari yang sama, selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kapal samudera Kesatuan Soviet Admiral Nakhimov tenggelam ke dalam laut Hitam dalam masa 7 minit sahaja. 

No comments:

Post a Comment